Agensi Angkasa Malaysia memaklumkan bahawa, komet yang dinamakan sebagai Komet C/2022 E3 (ZTF) kini kembali menghampiri Bumi selepas kira-kira 50,000 tahun ia berbuat demikian. Menurut NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL), komet ZTF mempunyai tempoh orbit kira-kira 50,000 tahun. Ini bermakna kali terakhir komet itu menghampiri Bumi adalah pada zaman Paleolitik dahulu. Komet C/2022 E3 (ZTF)…
Tag: MYSA
Sebanyak 80 Meteor/jam Akan Dapat Dilihat Awal Pagi Esok
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa kemuncak Hujan Meteor Quadrantids dijangka akan berlaku pada awal pagi esok iaitu 4 Januari 2023. Dijangkakan purata kenampakan meteor itu pula adalah sebanyak 80 meteor/jam akan dapat dilihat nanti. Fenomena hujan meteor ini sudah pun bermula dari 26 Disember 2022 lalu dan akan selesai pada 16 Januari 2023 akan…
Ruang Angkasa Bumi Bakal Dihujani Meteor Quadrantids
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) hari ini memaklumkan bahawa orang ramai akan dapat menyaksikan fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Quadrantids. Fenomena yang berlaku pada setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan sebagai 2003 EH1 itu dijangka akan bermula dari 26 Disember 2022 dan akan selesai pada 16 Januari…
Diramalkan Akan Berlaku Fenomena Ribut Meteor Leonids 13 Tahun Lagi
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa ketika ini orang ramai dapat menyaksikan fenomena Hujan Meteor Leonids. Hujan Meteor Leonids sudah pun bermula dari 6 November 2022 lalu dan dijangka akan berakhir pada 30 November ini. Sementara kemuncaknya sudah pun berlaku pada awal pagi 18 November 2022 lepas. MYSA menyatakan, Hujan Meteor Leonids adalah unik kerana…
Petang Ini, Penduduk Di Malaysia Dapat Saksikan Gerhana Bulan Penuh
Pada petang ini iaitu 8 November 2022, penduduk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh. Gerhana Bulan Penuh ini berlaku apabila Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang umbra Bumi. Senang kata, Bumi berada di tengah-tengah antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan segaris. Menurut Agensi Angkasa Malaysia, penduduk di Malaysia…
Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 8 November Ini – MYSA
Agensi Angkasa Malaysia hari ini memaklumkan akan berlakunya Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022 (Selasa). Fenomena itu akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan…