Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Diramalkan Akan Berlaku Fenomena Ribut Meteor Leonids 13 Tahun Lagi

Posted on November 21, 2022November 21, 2022

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa ketika ini orang ramai dapat menyaksikan fenomena Hujan Meteor Leonids.

Hujan Meteor Leonids sudah pun bermula dari 6 November 2022 lalu dan dijangka akan berakhir pada 30 November ini.

Sementara kemuncaknya sudah pun berlaku pada awal pagi 18 November 2022 lepas.

MYSA menyatakan, Hujan Meteor Leonids adalah unik kerana terdapat kemungkinan ribut meteor akan berlaku setiap 33 atau 34 tahun apabila ratusan hingga ribuan meteor per jam dapat dilihat, bergantung kepada lokasi pemerhati.

{suggest}

Kali terakhir Ribut Meteor Leonids berlaku adalah pada tahun 2001 dahulu dan dijangka ia akan muncul kembali pada tahun 2034 nanti.

Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet 55P atau dikenali sebagai Komet Tempel-Tuttle.

Komet Tempel-Tuttle dianggarkan mengambil masa selama 33 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress