Pada petang ini iaitu 8 November 2022, penduduk di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka dapat melihat fenomena Gerhana Bulan Penuh. Gerhana Bulan Penuh ini berlaku apabila Bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang umbra Bumi. Senang kata, Bumi berada di tengah-tengah antara Bulan dan Matahari dalam kedudukan segaris. Menurut Agensi Angkasa Malaysia, penduduk di Malaysia…
Tag: MYSA
Malaysia Akan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh Pada 8 November Ini – MYSA
Agensi Angkasa Malaysia hari ini memaklumkan akan berlakunya Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 8 November 2022 (Selasa). Fenomena itu akan berlaku 5.8 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dengan Bumi (apogee) iaitu pada jarak 404,923km. Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan serta sebahagian utara dan…
Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Imej ‘The Great Red Spot’ Planet Musytari Dan Bulannya
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan pada 3 Oktober 2022 lalu, jam 9:34 malam, Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Planet Musytari dengan tompok merah popularnya yang dikenali sebagai ‘The Great Red Spot’. Turut berjaya dirakam adalah salah satu daripada 80 bulannya iaitu Europa. ‘The Great Red Spot’ merupakan ribut raksasa yang bersaiz 1.3…
UNOOSA Iktiraf Malaysia Negara Contoh Pembangunan Perundangan Angkasa
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Angkasa Lepas (UNOOSA) telah mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara contoh dalam pembangunan perundangan angkasa di rantau Asia Tenggara lanjutan daripada pewujudan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834]. Perkara itu telah diumumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). “Bagi melaksanakan penguatkuasaan Akta 834 dan bertindak sebagai Setiausaha Eksekutif kepada…
Observatori Negara Langkawi Rakam Imej Oposisi Musytari
Pada hari ini, 27 September 2022, jam 3:25 pagi, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa sistem teleskop Observatori Negara Langkawi (ONL) telah berjaya merakam imej Planet Musytari dalam kedudukan oposisi atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Selain menunjukkan jalur dan pusaran awan pada permukaannya, imej 2 daripada 4 bulan…
Planet Terbesar Akan Bertentangan Dengan Matahari Minggu Depan – MYSA
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, planet terbesar dalam Sistem Suria juga planet kelima dari Matahari, Musytari (Jupiter) akan berada pada kedudukan oposisi atau dikenali sebagai istiqbal, iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi. Fenomena itu diramalkan akan berlaku pada 27 September 2022 (hari Selasa) jam 03:25 pagi. MYSA menjelaskan semasa oposisi pada kali ini, permukaan…