Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 telah diluluskan pada Sidang Dewan Negara Parlimen Keempat Belas. Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Angkasa Malaysia itu telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri MOSTI pada 9 Disember 2021 lalu. RUU itu telah diwartakan sebagai Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 25 Januari…
Tag: MYSA
Observatori Negara Berjaya Merakam Imej Meteor Quadrantids
Pada 4 Januari 2022 lalu, Agensi Angkasa Lepas Malaysia (MYSA) memaklumkan Pusat Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam imej meteor Quadrantids. Imej itu berjaya dirakam pada jam 6.20 pagi. Hujan Meteor Quadrantids merupakan fenomena yang berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan 2003 EH1. Sebahagian daripada asteroid ini…
Fenomena Suar Suria Dari 2 Kumpulan Tompok Matahari Ini Tidak Mencetuskan Ribut Geomagnetik
Baru-baru ini iaitu pada 20 dan 28 Ogos 2021 lalu, Solar Dynamics Observatory (SDO) telah merakam 2 kumpulan tompok Matahari pada permukaan fotosfera Matahari yang diberi nama AR2859 dan AR2860. Hasil rakaman itu, SDO mengesan kumpulan tompok matahari AR2859 telah menghasilkan suar suria yang dikategorikan sebagai suar suria kelas C pada 20 Ogos 2021. Manakala suar suria…
Hanya Dengan Mata Kasar Anda Boleh Melihat Planet Musytari Dengan Jelas Hingga Hujung Tahun Ini
Sekiranya cuaca mengizinkan di lokasi anda, anda berpeluang cerah untuk melihat planet Musytari hanya dengan menggunakan mata kasar selain daripada menggunakan binokular dan teleskop dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan. Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Musytari akan kelihatan di langit malam sepanjang bulan Ogos hingga Disember 2021. Musytari berada di buruj Aquarius…
Mari Kenali Satelit – Sputnik 1, Satelit Pertama Buatan Manusia
Sebelum ini dalam bahagian pertama Mari Kenali Satelit, dilaporkan , terdapat sebanyak 2,787 buah satelit sedang mengorbit bumi ketika ini. Ia berdasarkan dari semakan di laman pangkalan data satelit Union of Concerned Scientists (UCS). Tetapi menurut data dari United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) yang dikongsikan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), sehingga tahun 2019…