Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sebanyak 80 Meteor/jam Akan Dapat Dilihat Awal Pagi Esok

Posted on Januari 3, 2023

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan bahawa kemuncak Hujan Meteor Quadrantids dijangka akan berlaku pada awal pagi esok iaitu 4 Januari 2023.

Dijangkakan purata kenampakan meteor itu pula adalah sebanyak 80 meteor/jam akan dapat dilihat nanti.

Fenomena hujan meteor ini sudah pun bermula dari 26 Disember 2022 lalu dan akan selesai pada 16 Januari 2023 akan datang.

Walaubagaimanapun, MYSA menyatakan kenampakan hujan meteor tersebut adalah kurang bagus kerana terdapat gangguan bulan hampir purnama semasa kemuncak berlaku.

{suggest}

Fenomena yang berlaku pada setiap tahun terjadi apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit asteroid yang dinamakan sebagai 2003 EH1.

Sebahagian daripada asteroid 2003 EH1 ini akan terurai menjadi serpihan debu dan habuk akibat kesan keretakan haba yang kuat dan seterusnya terserak ke dalam laluan orbitnya.

Asteroid dengan kelebaran 3km ini mengambil masa kira-kira 5.5 tahun untuk mengorbit mengelilingi Matahari.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress