Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Angkasa Lepas (UNOOSA) telah mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara contoh dalam pembangunan perundangan angkasa di rantau Asia Tenggara lanjutan daripada pewujudan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834].
Perkara itu telah diumumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
“Bagi melaksanakan penguatkuasaan Akta 834 dan bertindak sebagai Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga Angkasa Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menubuhkan Bahagian Penguasa Angkasa (BPA) pada bulan Julai 2022.” Kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba pada majlis perasmian sambutan Minggu Angkasa Sedunia ke-22 yang bertemakan ‘Kelestarian Angkasa’.
{suggest}