Satu demonstrasi prototaip bot yang menggunakan sistem kawalan dengan teknologi kecerdasan buatan telah pun dilaksanakan baru-baru ini. Bot prototaip dikenali sebagai Suraya Surveyor – Autonomous Surface Vessel itu dibangunkan oleh Syarikat Pesaka Mawar Sdn. Bhd hasil daripada projek “Autonomous Surface Vessel for Sedimentation Investigation in Port” di bawah pembiayaan Dana R&D Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)….
Tag: MOSTI
Beli Tiket Lawatan Ke Pusat Sains Negara Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi eTicketing PSN
Jika anda merancang untuk melawat Pusat Sains Negara (psn), kini anda boleh membeli tiket ke PSN terus dari peranti pintar. Sistem e-Ticketing PSN ini sudah pun tersedia pada 18 Julai 2023 bagi membolehkan pengunjung membuat pembelian tiket kemasukan dari aplikasi atau laman sesawang. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun dari Google Play Store dan App Gallery…
Seorang Siswa Universiti Malaya Terpilih Ke Makmal Fizik Zarah Terbesar Di Dunia
Seorang siswa Universiti Malaya bernama Vincent Tee Ming Han, 22 menjadi wakil tunggal Malaysia yang terpilih bagi menyertai CERN Summer Student Programme (CSSP). CSSP menawarkan latihan praktikal kepada siswa sarjana muda dalam bidang fizik, pengkomputeran, kejuruteraan dan matematik dari seluruh dunia. Vincent Tee merupakan siswa dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) di Universiti…
Produk Tempatan Ada Logo MySTI Diberi Keutamaan Dalam Perolehan Kerajaan
Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Inisiatif Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI). Ia merupakan salah satu initiatif yang diwujudkan kerajaan bagi meningkatan kadar pengkomersialan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara. Barangan dan perkhidmatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan…
Menteri MOSTI Lancar Troli Beli-Belah Pintar Dan Berteknologi Tinggi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Chang Lih Kang telah melancarkan troli beli-belah pintar dan berteknologi tinggi yang dikenali sebagai ‘EzyCart‘. Troli itu merupakan contoh hasil inovasi tempatan dalam era Revolusi Industri ke-4. EzyCart dibangunkan oleh NanoMalaysia Berhad, sebuah agensi di bawah MOSTI dengan kerjasama Retailetics Sdn Bhd, sebuah syarikat penyedia penyelesaian automasi runcit…
MRANTI Lancarkan 5G Experience Centre, Jemput Pihak Berminat Guna Prasarananya
Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu MRANTI melancarkan MRANTI 5G Experience Centre di Bukit Jalil untuk industri dan perniagaan memanfaatkan teknologi 5G. MRANTI Park misalnya menyediakan prasarana dan perkhidmatan untuk menyokong pengkomersialan teknologi 5G. Agensi tersebut merancangkan untuk membina makmal sepanjang 12km untuk kenderaan swapandu dan pusat seluas 5 ekar untuk…