Seorang siswa Universiti Malaya bernama Vincent Tee Ming Han, 22 menjadi wakil tunggal Malaysia yang terpilih bagi menyertai CERN Summer Student Programme (CSSP).
CSSP menawarkan latihan praktikal kepada siswa sarjana muda dalam bidang fizik, pengkomputeran, kejuruteraan dan matematik dari seluruh dunia.
Vincent Tee merupakan siswa dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) di Universiti Malaya. Beliau akan berada di sana selama sekurang-kurangnya 8 hingga 13 minggu bermula 3 Julai 2023.
Sepanjang program itu, beliau akan menjalani latihan praktikal dengan menyertai pasukan penyelidik dari seluruh dunia dan mengambil bahagian dalam eksperimen di kemudahan CERN di Geneva, Switzerland.

CERN adalah singkatan kepada bahasa Perancis iaitu Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire (Majlis Eropah untuk Penyelidikan Nuklear)
Ia merupakan makmal fizik zarah terbesar di dunia. CERN menjadi tempat lahirnya World Wide Web (WWW) yang dicipta oleh tokoh saintis dari British bernama Tim Berners-Lee ketika beliau bekerja di sana dalam tahun 1989.

Pencalonan bagi menyertai CSSP dibuat setiap tahun oleh Akademi Sains Malaysia kepada semua siswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara sejak tahun 2012 lagi.
Termasuk tahun ini, sejumlah 23 siswa Malaysia telah dihantar bagi program berkenaan. ASM bertanggungjawab melakukan saringan awal pemilian calon untuk Malaysia, manakala saringan akhir diputuskan oleh ahli jawatankuasa CSSP.
Semua siswa adalah dibiayai oleh CSSP bagi menghadiri program ini.
{suggest}