Satu demonstrasi prototaip bot yang menggunakan sistem kawalan dengan teknologi kecerdasan buatan telah pun dilaksanakan baru-baru ini.
Bot prototaip dikenali sebagai Suraya Surveyor – Autonomous Surface Vessel itu dibangunkan oleh Syarikat Pesaka Mawar Sdn. Bhd hasil daripada projek “Autonomous Surface Vessel for Sedimentation Investigation in Port” di bawah pembiayaan Dana R&D Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pembangunan bot itu turut mendapat kerjasama daripada Pusat Teknologi Tanpa Pemandu (CUTe) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pembangunkan sistem kawalan bot dengan teknologi kecerdasan buatan ini membolehkan ia beroperasi secara autonomi dengan keupayaan mengelak sebarang halangan di laut untuk kegunaan pengumpulan data permukaan dasar laut (bathymetric) bagi pemantauan mendapan di pelabuhan.
Teknologi yang dibangunkan ini juga berpotensi untuk diguna pakai bagi pelbagai aplikasi lain seperti pemantauan perairan, tinjauan bahan mineral dan sebagainya.

Projek sistem kawalan bot dengan teknologi kecerdasan buatan ini telah pun disiapkan pada 28 Februari 2023 lalu dan kini ia dalam fasa persediaan bagi pengkomersialan.
{suggest}
Sumber: MOSTI