Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Inisiatif Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI).
Ia merupakan salah satu initiatif yang diwujudkan kerajaan bagi meningkatan kadar pengkomersialan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.
Barangan dan perkhidmatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan.
MOSTI menyatakan, program MySTI akan memberikan impak berganda kepada usaha pemulihan ekonomi negara melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu, meningkatkan keupayaan syarikat serta industri berasaskan teknologi tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada barangan import, dan sekaligus akan menambah baik kedudukan imbangan dagangan negara.
MySTI menyediakan platform inklusif yang menghubungkan antara Kerajaan, penyelidik, pemilik produk/teknologi, teknopreneur, bakal pembeli, bakal pelabur, rakan kerjasama dan rakyat.
Inventori MySTI akan menghimpunkan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang telah diiktiraf dan bersedia untuk dikomersialkan.
Sekaligus produk syarikat berpeluang untuk berkembang dan boleh menarik minat pelabur melalui rekod pelaksanaan dan prestasi kontrak Kerajaan.
Permohonan penandaan logi dan pensijilan MySTI boleh dibuat di laman rasmi https://www.mysti.gov.my.
{suggest}