Foxconn, yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Young Liu, yang terkenal kerana mengeluarkan sebahagian besar iPhone di dunia dilaporkan melihat peluang untuk menceburkan diri dalam pengeluaran kereta elektrik (EV) pula. Foxconn merancang untuk menawarkan perkhidmatan seperti mereka bentuk, kejuruteraan, dan membina kenderaan untuk pembuat kereta. Syarikat itu menyasarkan untuk menguasai 5% daripada pasaran EV global…
Tag: apple iphone
Apple Tamatkan Keupayaan Peranti Pihak Ketiga ‘Shut Down’ iPhone
Apple menerusi iOS 17.2 senyap-senyap membetulkan eksploitasi yang membolehkan peranti pihak ketiga iaitu Flipper Zero menyerang iPhone berdekatan menerusi notifikasi timbul, yang berupaya melumpuhkan iPhone sehingga pengguna perlu menghidupkannya semula (Restart). Flipper Zero ialah peranti kecil yang mampu meniru NFC, RFID atau isyarat radio lain. Dikatakan sebagai peranti seperti mainan untuk “gek komputer” kewujudan peranti…
Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit
Apple bermurah hati mengumumkan bahawa mereka menawarkan akses percuma untuk tempoh 1 tahun lagi ciri sambungan satelit Emergency SOS kepada pengguna iPhone 14. Manakala untuk pengguna iPhone 15 pula, mereka turut mendapat tambahan 1 tahun percuma kepada akses tersebut. “Kami sangat gembira pengguna iPhone 14 dan iPhone 15 boleh memanfaatkan perkhidmatan ini selama dua tahun…
Pengguna Dakwa Terima iPhone 15 Pro Max Tiruan Dari Apple
Seorang pengguna di Reddit baru-baru ini telah berkongsikan cerita menarik tentang bagaimana dia memesan iPhone baharu daripada Apple tetapi yang diterimanya adalah telefon pintar menyerupai iPhone yang dikuasakan Android. Pengguna Reddit bernama “theEdmard” mendakwa, dia menerima peranti iPhone tiruan yang menjalankan antaramuka sistem operasi menyerupai iOS 17. Dakwa Ed yang tinggal di UK, dia membuat…
Ini Cara Kesan iPhone Atau iPod Anda Rosak Akibat Air
Bagi anda yang mungkin masih belum tahu, kebanyakan peranti iPhone dan iPod selepas tahun 2006 terbina dengan ciri yang dikenali sebagai Petunjuk Sentuhan Cecair (LCI). LCI merupakan ciri yang akan menunjukkan sama ada peranti Apple itu telah bersentuhan dengan air atau cecair yang mengandungi air. LCI tidak akan diaktifkan kerana kelembapan dan perubahan suhu yang…
Pemilik iPhone Simpan Telefon Mereka Lebih Lama Berbanding Pemilik Android
Berdasarkan kepada data daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Rakan Kongsi Penyelidikan Perisikan Pengguna (CIRP) menunjukkan, pemilik iPhone menyimpan telefon mereka lebih lama daripada pemilik Android. Menurut CIRP, 61% daripada pembeli iPhone mempunyai iPhone mereka sebelum ini selama dua tahun atau lebih, berbanding 43% daripada pemilik Android. Jumlah itu adalah jauh lebih ramai pemilik iPhone…