Berdasarkan kepada laporan analisis oleh penyelidik pasaran telefon pintar dari Canalys, 7 dari 10 model telefon pintar yang dipasarkan pada tahun 2023 lalu telah dikuasai oleh iPhone dari Apple. Apple menguasai pasaran telefon pintar sepanjang tahun 2023 dengan 3 siri iPhone mereka iaitu iPhone 13, iPhone 14 dan yang terbaru dilancarkan tahun lalu, iPhone 15….
Tag: apple iphone
Muat Turun Sekarang Kemas Kini Terbaru iOS, iPadOS, macOS, watchOS Dan tvOS
Apple pada awal pagi hari ini telah melepaskan kemas kini baharu untuk pengguna iPhone dan iPad, iOS 17.3 dan iPadOS 17.3. Salah satu perubahan utama dalam kandungan kemas kini ini termasuklah pengenalan ciri Perlindungan Peranti Dicuri (Stolen Device Protection). Ia merupakan kemas kini utama ketiga kepada iOS 17 dan iPadOS 17 selepas iOS 17.2 dan…
Tukarkan Rupa iPhone Anda Kepada iPod Dengan ‘Wallpaper’ Ini
iPod, peranti pemain muzik keluaran Apple yang pernah popular suatu ketika dahulu sudah tidak lagi dikeluarkan selepas penamatan iPod touch pada Mei 2022 dahulu. Jadi, mungkin ada di antara pengguna yang pernah memilikinya rindukan peranti tersebut. Untuk mengembalikan nostalgia anda bersama iPod, apa kata anda memasang ‘wallpaper‘ ini pada skrin iPhone anda. ‘iPod Wallpapers Pack‘…
Pengguna iPhone Yang Failkan Saman Isu Bateri Terhadap Apple Mula Terima Bayaran
Pengguna iPhone yang terlibat dalam pemfailan terhadap tuntutan kontroversi isu bateri iPhone akan mula menerima bayaran sekitar $92.17 (~RM428.77) bagi setiap tuntutan. Malah bagi sebahagiannya juga mungkin ada yang akan menerima bayaran berjumlah hampir $1,000 (~RM4,652). Pemfailan tuntutan itu menuduh Apple melakukan penipuan terhadap pengguna yang dengan sengaja mengurangkan prestasi iPhone apabila hayat bateri peranti…
Pengguna Lapor Isu Kecacatan Panel Belakang iPhone 15 Pro
Apple mempromosikan kepada pengguna untuk tidak perlu bimbang jika iPhone terjatuh atau alami insiden kecil kerana yakin dengan keutuhan dan kualiti produk mereka. Tapi mungkin Apple kini perlu bimbang. Ia selepas terdapat sebahagian pengguna model iPhone 15 Pro melaporkan iPhone mereka itu mengalami isu kecacatan pada panel kaca bahagian belakang iPhone tersebut. Menerusi platform media…
Pencuri iPhone Dedahkan Cara Dia Memecah Masuk Telefon Anda Dalam Masa Beberapa Saat Sahaja
Jika anda mempunyai iPhone, individu seperti Aaron Johnson adalah mimpi ngeri terburuk anda. Beliau yang di temu bual di dalam penjara oleh wartawan Wall Street Journal mendedahkan bagaimana dia memecah masuk dan mengambil alih iPhone anda hanya dengan beberapa saat sahaja diperlukan. Aaron Johnson yang kini sedang menerima hukuman di Kemudahan Pembetulan Minnesota pernah menjadi…