Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pemilik iPhone 14 Dapat 1 Tahun Lagi Akses Percuma Ciri Sambungan Satelit

Posted on November 16, 2023

Apple bermurah hati mengumumkan bahawa mereka menawarkan akses percuma untuk tempoh 1 tahun lagi ciri sambungan satelit Emergency SOS kepada pengguna iPhone 14.

Manakala untuk pengguna iPhone 15 pula, mereka turut mendapat tambahan 1 tahun percuma kepada akses tersebut.

“Kami sangat gembira pengguna iPhone 14 dan iPhone 15 boleh memanfaatkan perkhidmatan ini selama dua tahun lagi secara percuma.”

Teknologi Emergency SOS melalui satelit ini membolehkan pengguna menghantar teks dengan perkhidmatan kecemasan semasa berada di luar liputan selular dan Wi-Fi.

Buat masa ini, Emergency SOS melalui satelit di iPhone tersedia kepada pengguna iPhone 14, iPhone 14 Pro, iPhone 15, atau iPhone 15 Pro di A.S, Kanada, Perancis, Jerman, Ireland, U.K, Australia, Austria, Belgium, Itali, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Portugal, Sepanyol dan Switzerland.

{suggest}

Sumber: Apple

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress