Berdasarkan kepada data daripada kaji selidik yang dijalankan oleh Rakan Kongsi Penyelidikan Perisikan Pengguna (CIRP) menunjukkan, pemilik iPhone menyimpan telefon mereka lebih lama daripada pemilik Android.
Menurut CIRP, 61% daripada pembeli iPhone mempunyai iPhone mereka sebelum ini selama dua tahun atau lebih, berbanding 43% daripada pemilik Android.
Jumlah itu adalah jauh lebih ramai pemilik iPhone (29%) memiliki iPhone mereka sebelum ini selama tiga tahun atau lebih daripada pemilik Android (21%).
Sebaliknya, lebih sedikit pemilik iPhone (10%) memiliki iPhone mereka sebelum ini selama setahun atau kurang, berbanding hampir satu perempat daripada pemilik Android.

CIRP berkata, keadaan ini berlaku kerana pemilik iPhone lebih mewah dan lebih mementingkan teknologi/fesyen.
Sebaliknya pemilik Android pula lebih mementingkan belanjawan.
Secara teorinya, itu sepatutnya menjadikan pembeli iPhone lebih cenderung untuk menaik taraf kepada model iPhone terbaru dengan lebih cepat, tetapi itu tidak berlaku.
Kebanyakan telefon Android lebih murah, jadi pemilik Android mungkin lebih bersedia untuk menamatkan penggunaan telefon mereka walaupun masih agak baharu.
Hasil dari kaji selidik itu CIRP menyimpulkan, “Mungkin iPhone lebih tahan lama dan boleh dipercayai, jadi pengalaman pengguna lebih baik untuk tempoh yang lebih lama. Atau mungkin sesetengah pemilik iPhone mudah berpuas hati, selesa dengan iPhone mereka yang sudah tua, dan tidak begitu berminat dengan model terkini dan hebat.”
{suggest}
Sumber: CIRP