ASUS Zenfone 11 Ultra secara rasmi kini dilancarkan untuk pasaran global.
{suggest}
Zenfone 11 Ultra berkongsi sejumlah DNA yang sama seperti ROG Phone 8, dengan perbezaan kecil dari segi reka bentuk dan spesifikasi.
Kedua-duanya berkongsi cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5,500mAh serta pengecasan 65W berwayar dan 15W wayarles. Sistem kamera juga sama, yang mana terdiri daripada 50MP utama (sensor 1/1.56″ Sony IMX890) dengan 6-axis Hybrid Gimbal Stabilizer 3.0, 13MP ultra-lebar dan 32MP telefoto dengan 3x zum optikal.
Dari segi rekaan, Zenfone 11 Ultra menampilkan skrin Dynamic AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 144Hz dan 1 hingga 120Hz menggunakan teknologi LTPO serta puncak kecerahan 2,500 nit. Panelnya dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2 serta terdapat paparan berlubang yang menempatkan 32MP kamera swafoto.
Untuk janaan peranti, ia didatangkan bersama memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan storan sehingga 512GB berasaskan UFS 4.0.
Antara lain, Zenfone 11 Ultra dilengkapi sokongan 5G, sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, penarafan IP68, 3.5 mm bicu audio serta menjalankan Zen UI berasaskan Android 14.
Terdapat empat pilihan warna tersedia iaitu Eternal Black, Misty Grey, Skyline Blue dan Desert Sand.
Harga
Zenfone 11 Ultra ditawarkan pada harga €999 (~RM5,114) untuk 12/256GB dan €1,099 (~RM5,626) bagi 16/512GB.
- Beli produk ASUS di Shopee: https://invl.io/clkuyqf
- Beli produk ASUS di Lazada: https://invol.co/clkuyq8