ASUS baru sahaja melancarkan Zenfone 10 pada Jun lalu. Namun, laporan terbaharu menyatakan ASUS akan menamatkan siri Zenfone.
{suggest}
Menurut laporan Technews Taiwan, ASUS sedang menjalani penstrukturan semula organisasi, dan sebahagian daripada proses itu, beberapa jabatan di syarikat itu telah terjejas.
Salah satunya termasuk Zenfone, yang mana dikatakan telah ditutup dan mereka yang bekerja di bahagian itu telah diserap ke dalam pasukan ROG Phone dan bahagian lain.
Dengan penutupan itu, ia menandakan Zenfone 10 akan menjadi model terakhir dalam siri Zenfone yang telah diperkenal sejak 2014.
Buat masa ini, ASUS belum mengesahkan mengenai perkara itu, tetapi Digitimes telah melaporkan usaha penstrukturan semula syarikat itu sejak Julai lalu.
- Beli produk ASUS di Shopee: https://invl.io/cljofq6
- Beli produk ASUS di Lazada: https://invol.co/cljofpp
Sumber: 9to5Google