Satu laman khas dikenali sebagai Device Report telah dilancarkan oleh YouTube baru-baru ini.
Laman tersebut digunakan oleh YouTube untuk menyenaraikan telefon pintar yang memberikan pengalaman terbaik, ketika menonton video dalam platform mereka.
Untuk membolehkan sesuatu model itu tersenarai, ia perlu menyokong beberapa ciri penting seperti;
- Rakaman video 360′ darjah
- Prestasi DRM
- Rakaman 4K
- Frame rate yang tinggi
- HDR
- Codec generasi baru
Berdasarkan ujian yang telah dijalankan, 19 telefon ini adalah yang terbaik dalam mengakses kandungan di YouTube.
- Samsung Galaxy Note9
- Samsung Galaxy S9
- Samsung Galaxy S9+
- Samsung Galaxy Note8
- Samsung Galaxy S8
- Samsung Galaxy S8+
- OnePlus 6
- Xiaomi Mi 8
- Xiaomi Mi Mix 2S
- Sony Xperia XZ2
- Sony Xperia XZ2 Premium
- Sony Xperia XZ2 Compact
- Huawei Mate 10 Pro
- Google Pixel 2
- Google Pixel 2 XL
- Nokia 8 Sirocco
- LG V30
- LG G7 ThinQ
- HTC U12+
Tiada satu pun model dari Apple berjaya menduduki senarai kerana peranti iOS tidak menyokong video codec VP9 dari Google (Codec generasi baru).
Sumber: YouTube