Seiring dengan Apple Music dan Spotify, Recap 2023 untuk YouTube Music telah tersedia di aplikasinya. Seperti yang anda tahu, Recap 2023 ini dihasilkan untuk pemerhatian anda tentang ringkasan lagu dan muzik yang didengar sepanjang tahun 2023.
Walaupun diterbitkan sehari sebelum bulan Disember, anda hanya perlu tekan ikon profil di bahagian atas kanan selepas membuka aplikasi YouTube Music.
Seterusnya, anda perlu pilih “Your Recap“.
Akhir sekali, tekan “Get Your Recap” dan anda boleh lihat Recap 2023 yang telah diteliti oleh sistem YouTube Music.
Antara kandungan yang terdapat dalam Recap 2023 ini adalah durasi masa dalam minit anda menghabiskan masa mendengar lagu di YouTube, lima artis teratas berdasarkan saluran mereka, ringkasan keseluruhan yang disertakan dengan kulit album anda sendiri dan banyak lagi
Namun begitu, YouTube Music dilaporkan masih belum melancarkan senarai audio video untuk lagu-lagu popular sepanjang tahun 2023. Hal ini disebabkan oleh Recap 2023 yang dijalankan secara berperingkat bagi setiap pengguna beberapa hari yang lepas.
{suggest}
Sumber: 9to5Google