Pada bulan September 2023 yang lepas, YouTube Creators telah mencipta satu aplikasi yang berperanan memberi kemudahan kepada pencipta kandungan untuk menyunting video. Nama aplikasi itu adalah YouTube Create.
Antara fungsi yang ditawarkan adalah mengimport masuk video secara terus dari dalam telefon pintar dan disediakan ciri tetapan seperti “Aspect Ratio“, “Filters“, “Effects” dan peralatan “Adjustment“.
Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan ikon “Shorts” yang akan tersedia di paparan durasi masa 1 minit pada platform projek bagi menandakan had masa bagi video Shorts.
Walau bagaimanapun, kemasukan aplikasi ini untuk kegunaan rakyat Malaysia masih belum ditetapkan dan ia hanya tersedia untuk peranti Android sahaja.
Namun begitu, YouTube Creators kini dijangka akan menambah satu pembaharuan di setiap video milik saluran anda.
Dengan hanya menekan butang “Remix” dan “Edit into a Short“, anda boleh menyunting video ‘Shorts’ secara terus dari dalam platform YouTube dengan kemudahan ciri tetapan seperti skrin hijau.
{suggest}
Sumber: YouTube Creator