Yoodo kini menjadi salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menyokong panggilan melalui Wi-Fi atau VoWiFi (voice over Wi-Fi).
Untuk yang belum maklum, fungsi ini membenarkan panggilan suara anda menggunakan rangkaian Wi-Fi selain selular 4G.
Ini bermakna anda boleh membuat atau menjawab panggilan suara yang berkualiti di mana-mana sahaja dengan sambungan WiFi, bergantung kepada kestabilan sambungan rangkaian WiFi tersebut.
{suggest}
Buat masa ini, hanya peranti Android sahaja yang menyokong VoWiFi Yoodo manakala iOS pula pada waktu akan datang, kata Yoodo.
Untuk mengaktifkannya, anda boleh cuba Settings > Mobile Network > Mobile Data > Hidupkan Wi-Fi Calling. Pastikan juga VoLTE juga turut diaktifkan.
Jika tidak jumpa, anda terus boleh cari “Wi-Fi Calling” dalam tetapan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Yoodo.
Beberapa bulan dulu, Celcom iaitu syarikat induk Yoodo juga telah sertakan sokongan fungsi VoWiFi pada rangkaian mereka.
Sumber: Yoodo