Penyedia perkhidmatan 4G dan 5G iatu Yes telah meningkatkan kuota hotspot bagi pelan prabayar dan pascabayar (Unlimited).
Untuk pelan prabayar, kami telah kongsikan berita tersebut bahawa daripada 9GB ke 12GB. Artikel tersebut boleh dibaca di SINI.
Untuk pascabayar Unlimited pula, semua 4 pelan Infinite dinaikkan sebanyak 10GB.
- Yes Infinite Basic –
10GB20GB - Yes Infinite Standard –
40GB50GB - Yes Infinite Premium –
70GB80GB - Yes Infinite Ultra –
100GB110GB
Semua ini diberikan secara percuma dan berkuat kuasa serta-merta, secara automatik.
U Mobile juga telah memperkenal Ultra Hotspot yang membuka penggunaan hotspot untuk menggunakan kuota utama, bukan lagi melalui kuota berasingan.
{suggest}
Tindakan dua telco ini pastinya disambut baik oleh pengguna-penggunanya dan diharapkan lebih banyak syarikat telekomunikasi turut mengambil langkah sama, bukannya menurunkan FUP seperti Unifi.
Sumber: Yes