Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Yes: ‘Hotspot’ Kini Merangkumi Penggunaan 5G Tapi Kuotanya Dinaikkan

Posted on Februari 5, 2023Februari 5, 2023

Yes nampaknya mengemas kini tawaran pelan bulanan prabayar FT5G Unlimited (RM30) mereka di mana penggunaan 5G melalui hotspot akan dikira dalam kuota hotspot diberikan.

Ini bermakna tidak kira sama ada anda menggunakan perkhidmatan 4G atau 5G, jika anda hidupkan hotspot, ia akan ditolak daripada kuota hotspot 12GB.

{suggest}

Sebelum, ia terhad untuk penggunaan 4G. Jika anda menggunakan rangkaian 5G dan menghidupkan hotspot, ia tidak akan menolak peruntukan hotspot.

Berita baiknya, kuota hotspot pada pelan prabayar RM30/bulan ini ditingkatkan daripada 9GB ke 12GB.

Dengan Unifi Mobile juga pemberian 5G secara percuma, ini mungkin bermakna syarikat telekomunikasi sudah mula membayar DNB untuk perkhidmatan 5G berbanding fasa ujian sebelum ini yang mungkin percuma atau lebih murah kosnya.

Sumber: Yes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress