Kemasukan produk Xiaomi untuk pasaran Malaysia tidak terhenti di siri Xiaomi 14 sahaja kerana ia kini berterusan dengan kehadiran tiga jam digital yang terdiri daripada Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch S3 dan Xiaomi Watch 2.
Xiaomi Smart Band 8 Pro
Jam digital ini hadir dengan reka bentuk skrin AMOLED segi empat tepat bersaiz 1.74 inci lebar, resolusi skrin 336 x 480 dan kadar segar semula 60Hz.
Tambahan lagi, skrinnya juga dilengkapi dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus serta bingkai daripada bahan logam.
Baterinya yang berkapasiti 289mAh pula mampu bertahan dalam jangka masa 14 hari dengan sekali pengecasan.
Ciri yang lain adalah seperti penjejak senaman yang mempunyai tetapan mod melebihi 150 jenis senaman bagi memberi panduan senaman kepada pemakainya serta lebih 200 pilihan antara muka yang boleh didapati dalam aplikasi Xiaomi Watch Faces.
Xiaomi Watch S3
Untuk Watch S3, ia menggunakan skrin AMOLED 1.43 inci dengan sokongan bingkai aloi aluminium dan sistem operasi Xiaomi yang terkini iaitu HyperOS.
Oleh yang demikian, ia mampu untuk bertahan sehingga 15 hari penggunaan dan juga mampu beroperasi selama 2 hari secara berterusan selepas 5 minit pengecasan.
Sama juga dengan Smart Band 8 Pro, Watch S3 menawarkan ciri panduan untuk lebih 150 jenis mod senaman dan mampu menjana ciri “Sleep Animal” selepas 7 hari berterusan penggunaannya sewaktu tidur bagi memberikan cara tidur yang lebih berkesan.
Xiaomi Watch 2
Jam ini pula dikuasakan oleh Snapdragon W5+ Gen-1 Wearable serta digandingkan dengan storan 32GB serta kapasiti bateri 495mAh yang mampu bertahan sehingga 65 jam penggunaan berterusan.
Paparannya pula adalah AMOLED 1.43 inci dengan sokongan bingkai aloi aluminium.
Tambahan lagi, Watch 2 ini juga mampu untuk menjalankan 5 aplikasi mudah alih yang utama serta 200 lebih aplikasi pihak ketiga.
Ia juga kini telah bekerjasama dengan Suunto, syarikat gajet aktiviti lasak untuk penghasilan Xiaomi Watch 2 ini memantau rutin senaman dan tidur pemakainya ke arah yang lebih baik.
Harga untuk ketiga-tiga jam digital ini adalah seperti berikut sehingga 21 Mac 2024.
- Xiaomi Smart Band 8 Pro =
RM339RM289 - Xiaomi Watch S3 =
RM699RM549 - Xiaomi Watch 2 =
RM869RM769
Beli produk jam digital Xiaomi di:
Shopee – https://invl.io/clks461
Lazada – https://invol.co/clks45y
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia