Baru-baru ini, Xiaomi dalam laporan tahunan berkongsikan jumlah untung bersih mereka secara keseluruhan untuk tahun 2023 yang menjangkau kiraan anggaran sehingga 126.3 peratus yang bernilai RMB19.3 billion (~RM12.7 billion).
Hal ini adalah daripada kemajuan yang diserlahkan Xiaomi sendiri yang terdiri daripada pelancaran kereta elektrik (EV), Xiaomi SU7 dan teknologi sistem operasi mudah alih yang terbaru, HyperOS.
Oleh yang demikian, Xiaomi juga telah memperkenalkan strategi terbaru mereka iaitu “Human x Car x Home” bagi melambangkan gaya ekosistem pintar untuk kehidupan seharian.
Selain itu, Xiaomi juga telah mencatat penghasilan dan penghantaran peranti mudah alih ke seluruh dunia sebanyak 145.6 juta unit untuk tahun 2023 yang juga turut menyumbang kepada kejayaan itu.
Sehubungan dengan pencapaian untung bersih mereka pada tahun 2023, Xiaomi telah menetapkan sasaran terbaru mereka sepanjang tempoh tahun 2020 hingga 2030 yang mana tertumpu pada matlamat Xiaomi untuk menjadi peneraju termaju dalam bidang teknologi.
Beli produk Xiaomi di:
Shopee – https://invl.io/clkumpk
Lazada – https://invol.co/clkumpl
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi