Siri Xiaomi Mi Band adalah merupakan antara fitness tracker yang popular di kalangan pengguna di seluruh dunia.
Bukan sahaja kerana harganya yang mampu milik, malah ia dilengkapi dengan penawaran fungsi-fungsi menarik serta rekaan yang ringkas tetapi menawan.
Bercakap mengenainya, siri ke-empatnya, Mi Band 4 telah disahkan akan dilancarkan pada tahun ini oleh pihak Huami, rakan niaga yang menguruskan peranti boleh-pakai Xiaomi.
Walaubagaimanapunn, mereka memberikan gambaran bahawa peranti tersebut tidak akan dilancarkan dalam dua bulan mendatang.
Ini kerana menurut mereka, jualan bagi Mi Band 3 masih lagi sangat baik dan mereka tidak mahu mengganggunya ketika ini.
Selain Mi Band, Xiaomi dan Huami turut bekerjasama dalam menghasilkan satu lagi siri peranti boleh-pakai iaitu Amazfit.
Sumber: Wareable