Xiaomi pada Oktober lalu telah mengumumkan HyperOS, yang secara beransur-ansur akan menggantikan antara muka MIUI melalui kemas kini Android 14 pada telefon dan tablet jenama itu.
Terbaharu, Xiaomi secara rasmi kini memperlihat logo baharu HyperOS menjelang pelancaran global.
{suggest}
Melalui platform X, CEO Xiaomi Lei Jun berkata titik galaksi pada logo itu digambarkan sebagai idea dan ketersambungan dalam dunia digital.
I'm excited to share two important updates with you today. First, #XiaomiHyperOS is officially launching a new logo.
It's a galaxy of dots, swirling together like ideas and connections in our digital universe. People and devices in the dot matrix are flowing freely and… pic.twitter.com/g9tbHZ18BG
— Lei Jun (@leijun) December 27, 2023
Sebagai perbandingan, logo baharu diperkemaskan dengan penambahan ikon berbanding hanya wordmark sebelum ini.
HyperOS dijangka akan tersedia untuk peranti Xiaomi, Redmi dan POCO yang masih menyokong kemas kini perisian dalam beberapa bulan akan datang.
Dalam perkembangan lain, Xiaomi menjadualkan acara pengenalan teknologi kenderaan elektrik (EV) pertamanya yang akan berlangsung pada jam 2.00 petang ini.
- Beli produk Xiaomi melalui Shopee: https://invl.io/clki48e
- Beli produk Xiaomi melalui Lazada: https://invol.co/clki48i
Sumber: Lei Jun