Presiden Xiaomi, Lu Weibing telah mengesahkan Xiaomi Mi Pad 6 bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perkara tersebut telah dikongsikan beliau dalam perbualan di platform media sosial Weibo.
Spesifikasi Xiaomi Pad 6 Yang Dijangkakan
Siri Pad 6 dilaporkan hadir dengan 2 model – versi standard dan Pro.
Xiaomi Pad 6 Pro dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 manakala Pad 6 menggunakan cip Snapdragon 870.
Mengikut Digital Chat Station, kedua-dua model itu menawarkan skrin yang menyokong HDR10+ dan Dolby Vision.
Selain itu, paparan tersebut juga akan menyokong resolusi 2880 x 1800p dengan kadar segar semula 120 atau 144Hz.
Siri Xiaomi Pad 6 hadir dengan bateri sebesar 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W.
Berkemungkinan besar, siri Pad 6 akan menyediakan stylus dan mempunyai modul kamera seperti Xiaomi 13.
Kehadiran
Siri Xiaomi Pad 6 berkemungkinan besar akan dilancarkan bersama dalam acara pelancaran Xiaomi 13 Ultra yang kita dengar baru-baru ini.
{suggest}
Sumber: Gizchina