Jumlah tersebut terjual hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Jika semalam telah dilaporkan sebanyak 15 juta unit telefon pintar Redmi Note 7 terjual di seluruh dunia, Xiaomi Malaysia pula boleh berbangga dengan pencapaian 100 ribu unit model Redmi Note 7 yang telah berjaya terjual di seluruh Malaysia.
Jumlah itu dicapai hanya dalam tempoh 3 bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu. Bermakna secara purata sebanyak 1000 unit peranti tersebut telah berjaya dijual dalam masa 24 jam.
Following our Global announcement on the #RedmiNote7 achievement, we are proud to share our achievements to the world…
Are you ready?
"100,000 units sold in just 3 months here in Malaysia!!"
Shoutout to all our Malaysian Mi Fans out there! Mi Love You 3000!#NoMiWithoutYou pic.twitter.com/o9MOgsMd7y
— Xiaomi Malaysia (@XiaomiMalaysia) July 11, 2019
Telefon pintar Redmi Note 7dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 serta bateri berkapasiti 4000mAh. Harganya pula bermula dari RM679 bagi spesifikasi 3GB RAM dan storan bersaiz 32GB.
Spesifikasi tertingginya pula yang dilengkapi dengan 4GB RAM dan storan 128GB pula berharga RM949.00. Selain model ini, Xiaomi juga turut mengeluarkan model Redmo Note 7 Pro yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 675 yang lebih berkuasa.
Walaubagaimanapun, model tersebut tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia.