CEO Xiaomi, Lei Jun baru-baru ini telah memuat naik sebuah video di sosial media. Menerusinya, ia memperlihatkan Xiaomi Lab, iaitu tempat dimana 1800 telefon pintar menjalani ujian yang berterusan.
Berdasarkan video tersebut, Xiaomi Lab menyiapkan dan menguji 200 telefon pintar bagi ujian berterusan selama satu bulan sebelum model ini tersedia untuk pasaran.
. @Xiaomi chairman Lei Jun showed off the company’s laboratory where 1,800 of its phones undergo continuous testing. Before the launch of each new model, 200 new phones are run non-stop for 2 months to test the stability of the product, @leijun added. pic.twitter.com/6f06YAhvH1
— Yicai Global 第一财经 (@yicaichina) September 4, 2020
Ia bertujuan bagi memastikan kestabilan dan mengatasi masalah yang mungkin muncul di mana-mana peranti setelah jangka masa penggunaan yang lebih lama. Menurut Lei Jun, inovasi adalah produktiviti dan kualiti adalah garis hidup.
Dalam erti kata lain, walaupun inovasi adalah faktor kejayaan, namun jaminan kualiti dan pengurusan juga perlu diutamakan. Dalam pada itu, Xiaomi turut menyatakan perancangan untuk “menakluki” dunia dengan produk yang lebih berkualiti.
Sumber: GizmoChina