Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pocophone

Xiaomi Failkan Tanda Dagang POCO F2 Di China – #BaikbeliPoco Kini Kembali?

Posted on Januari 13, 2020

Episod terbaru POCO F2 pada kali ini adalah Xiaomi Pocophone F2 kelihatan bersedia untuk menjadi kenyataan tidak lama lagi kerana pembuat telefon bimbit ini dilaporkan telah memohon tanda dagang di China.

Pocophone F2 kekal sebagai salah satu peranti yang sukar difahami, dengan tiada pengesahan rasmi mengenainya. Walau bagaimanapun, beberapa kebocoran maklumat mengenai peranti tersebut telah memberikan harapan yang tinggi kepada peminatnya.

Xiaomi Poco F2
Gambar: Twitter

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Xiaomi telah memfailkan tanda dagang untuk telefon bernama POCO F2, petunjuk jelas bahawa peranti tersebut akan menggantikan Pocophone F1. Selain itu, tanda dagang tersebut telah didedahkan sebelum pelancaran POCO, jadi pengumuman mengenai POCO F2 mungkin sudah dekat.

Berdasarkan model sebelumnya iaitu Pocophone F1, kemungkinan nama global bagi POCO F2 adalah Pocophone F2. Namun sehingga kini, pengesahan rasmi terdekat yang diterima mengenai Pocophone adalah ciapan yang sudah dipadam oleh ketua syarikat tersebut yang berbunyi “You will hear more from POCO in 2020 ♥️”.

Sumber: GSMArena, Tech Radar,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress