Mungkin ada yang terkejut dan ada yang tidak apabila mendengar berita ini. Xiaomi bakal memperkenalkan cip pemproses mereka sendiri yang baharu semasa acara pada minggu hadapan.
Cip pemproses yang dimaksudkan mungkin dinamakan sebagai Surge S2. Ia adalah pengganti bagi Surge S1 yang mana cip tersebut pernah digunakan peranti Xiaomi Mi 5C.
Selepas daripada itu, tiada lagi berita berkaitan cip pemproses tersebut dan tahun ini nampaknya ia akan buat kemunculan kembali.
Namun begitu, mengeluarkan cip tersendiri bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Jika dilihat, Huawei sendiri mengambil masa bertahun dalam menghasilkan cip yang baik.
Walau apa-apa pun, mari kita nantikan acara terbesar dari Xiaomi ini pada 29 Mac. Selain cip pemprosesan, kita juga dapat menyaksikan Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra, Mi Mix dan Mi Notebook Pro dilancarkan.
Sumber: Android Authority