Masihkah anda ingat akan peranti Redmi Note 8 yang rasmi di Malaysia pada Oktober tahun 2019? Hampir dua tahun ia diperkenalkan, kini Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar ini sekali lagi tetapi dengan penamaan versi 2021.
Baca juga – Sebuah Lagi Peranti Redmi Note 10 Akan Dilancar Minggu Depan
Sebenarnya, mereka bukan ingin melancarkannya dengan suka-suka tetapi ia adalah untuk meraikan peranti tersebut kerana sehingga kini, Redmi Note 8 telah terjual sebanyak 25 juta unit secara global.
The #RedmiNote8 has now sold 25M+ units globally!
As we celebrate this milestone, we're thrilled to introduce you to the #ThePerformanceAllStar – the #RedmiNote8 2021. Stay tuned! pic.twitter.com/39RHoTC2Mb
— Xiaomi (@Xiaomi) May 20, 2021
Dari segi rekaan, Xiaomi telah memperlihatkan panel hadapannya yang mana masih lagi mirip modelnya sebelum ini. Pada panel belakang, ia masih lagi menjadi persoalan. Mungkinkah ia akan berwajah baharu?
Meet the #RedmiNote8 2021!#ThePerformanceAllStar is coming soon. pic.twitter.com/5fXuWr60Cl
— Xiaomi (@Xiaomi) May 21, 2021
Di dalam Redmi Note 8 2021, ia akan dikuasakan cip MediaTek Helio G85. Spesifikasi lain mungkin didatangkan MIUI 12.5, bateri 4000mAh serta pilihan 4GB RAM dengan storan 64GB atau 128GB.
Baca juga – Telefon Xiaomi Bakal Tawar Fungsi ‘Tambah’ RAM
Adakah anda masih mahu memiliki telefon pintar ini memandangkan Redmi Note 10 pun sudah memberikan harga yang sangat mampu milik.
Sumber: Xiaomi [1, 2, 3] via gsmarena