Xiaomi India menerusi akaun Twitter mereka telah mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar baru yang dijadualkan berlangsung pada 2 November hadapan.
Your best self is within you! Coming your way is a brand new series on November 2! RT if you’re ready to see your best self #YourBestSelfie pic.twitter.com/Jkkyp7Yl64
— Redmi India (@RedmiIndia) October 26, 2017
Tweet tersebut juga mengandungi foto logo MIUI 9 dan ini membayangkan peranti baru itu akan dioperasikan dengan antaramuka terbaru Xiaomi terus dari kotak.
Dibawah logo terbabit terdapat tanda pagar (hashtag) #YourBestSelfie dan ini mungkin membawa maksud telefon pintar ini akan dilengkapi dengan kamera hadapan yang menghasilkan foto selfie yang lebih baik.
India antara pasaran terbesar Xiaomi selepas China dan tidak hairanlah jika syarikat itu memilih negara terbabit sebagai venue berlangsungnya majlis pelancaran peranti terbaru mereka.