Selepas Xiaomi 14, kini turut hadir bersamanya ke pasaran Malaysia adalah Xiaomi 14 Ultra yang menawarkan spesifikasi yang lebih kurang sama dengan reka bentuk flagship dan prestasi yang lebih baik.
Dengan penguasaan cip yang sama iaitu Snapdragon 8 Gen-3, telefon ini juga digandingkan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan UFS 4.0.
Selain itu, ia juga menjalankan sistem operasi HyperOS dengan sokongan sistem penyejukan dwi-saluran IceLoop.
Skrinnya pula adalah jenis AMOLED 6.73 inci dengan resolusi WQHD+, kadar segar semula 1-120Hz dan teknologi AdaptiveSync Pro.
Untuk bab kamera pula, Xiaomi 14 Ultra ini lengkap kamera jenis LEICA VARIO yang terdiri daripada 50MP utama, 50MP telefoto, 50MP periskop, 50MP ultra lebar dan 32MP swafoto.
Baterinya pula hadir dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan berwayar 90W dan wayarles 80W.
Ciri-ciri lain yang menonjol adalah pembesar suara stereo Dolby Atmos, rangkaian Wi-Fi 7, penarafan IP68, dwi-SIM, Bluetooth 5.4 dan pemancar infra merah (IR Blaster).
Untuk ketersediaan, Xiaomi 14 Ultra hadir dalam dua pilihan warna, hitam dan puith pada harga RM5,199 dengan ganjaran boleh dimiliki dari 8 Mac hingga 21 Mac 2024 iaitu:
- Xiaomi 14 Ultra Photography Kit bernilai RM799
- Xiaomi 80W Adaptive Wireless Charging Stand bernilai RM599
- 6 bulan langganan Google One dan 100GB storan awan
- 2 tahun jaminan
- Gantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan pembelian
Beli Xiaomi 14 Ultra di:
Shopee – https://invl.io/clktv62
Lazada – https://invol.co/clktv65
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia