Hari ini, Xiaomi Malaysia telah merasmikan kemasukan peranti terbaru mereka iaitu Xiaomi 14 untuk pasaran Malaysia dengan gandingan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan teknologi kamera LEICA.
Selain daripada penguasaan cip Snapdragon yang paling terkini, telefon ini juga disokong oleh memori 12GB RAM LPDDR5X serta pilihan storan 256GB dan 512GB storan UFS 4.0.
Selain itu, ia juga menjalankan sistem operasi HyperOS yang berasaskan Android 14.
Paparan yang digunakan pula adalah jenis AMOLED bersaiz 6.36 inci dengan resolusi 2670 x 1200 dan kadar segar semula 1-120Hz.
Seperti yang dinyatakan, kamera Xiaomi 14 ini dikuasakan oleh teknologi LEICA VARIO yang terdiri daripada 50MP kamera utama, 50MP kamera ultra lebar, 50MP kamera telefoto dan 32MP kamera swafoto.
Tambahan lagi, ia juga dilengkapi dengan ciri ‘AI’ bagi tujuan menyunting gambar dalam bahagian Gallery Photo.
Baterinya pula berkapasiti 4,610mAh dan disokong oleh pengecasan pantas 90W berwayar dan 50W wayarles.
Lain-lain adalah seperti rangkaian Wi-Fi 7, penarafan IP68, dwi-SIM, Bluetooth 5.4, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan pemancar infra merah (IR Blaster).
Ditawarkan dengan 3 pilihan warna (black, white dan jade green), ia dijual pada harga seperti di bawah:
- 12GB RAM + 256GB = RM3,499
- 12GB RAM + 512GB = RM3,799
Tambahan pula, setiap pembelian Xiaomi 14 akan disediakan sekali dengan beberapa ganjaran sepanjang tarikh 8 Mac hingga 21 Mac 2024 seperti:
- Xiaomi Watch S3 bernilai RM699
- 6 bulan langganan Google One dan 100GB storan awan
- 2 tahun jaminan
- Gantian skrin percuma dalam tempoh 6 bulan selepas pembelian
Beli Xiaomi 14 di:
Shopee – https://invl.io/clktv62
Lazada – https://invol.co/clktv65
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi Malaysia