Selain model standard dan Pro, Xiaomi turut memperkenalkan versi Lite dalam siri Xiaomi 13 yang dilancarkan pada acara MWC 2023.
Spesifikasi Xiaomi 13 Lite
Xiaomi 13 Lite dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 1, menggunakan memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2 untuk variasi 8GB+128GB, 8GB+256GB.
Selain itu, ia dilengkapi skrin AMOLED bersaiz 6.55″, beresolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz, kadar kecerahan 900 nits dengan perlindungan Gorilla Glass 5.
Peranti ini menawarkan tetapkan 3 kamera – 50MP lebar (Sony IMX766), 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 32MP untuk swafoto.
Xiaomi 13 Lite disokongkan bateri sebesar 4500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan menggunakan MIUI 14 berasaskan Android 12.
Untuk pengetahuan pembaca, peranti ini menyokong ciri Dolby Atmos untuk audionya, NFC, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan ketersambungan 5G. Xiaomi 13 Lite ini dijual pada tanda harga €499 (~RM2,350.00).
{suggest}
Sumber: GSMArena