Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
x twitter

X Tidak Lagi Akan Paparkan Tajuk Berita Dalam Previu Pautan

Posted on Ogos 22, 2023Ogos 22, 2023

X, dulunya dikenali sebagai Twitter tidak lagi akan memaparkan tajuk berita apabila pautannya dimasukkan dalam sesebuah kiriman.

Setakat ini, jika anda masukkan pautan misalnya artikel daripada laman web Wiser, pratontonnya akan memaparkan imej dan teks dalam satu elemen. Tekan pada mana-mana bahagian, anda akan dibawa terus ke laman web tersebut.

{suggest}

Kelak, X hanya akan paparkan gambar dan pautan tetapi tidak tajuk. Jadi, pengguna perlu taip tajuknya secara manual untuk berikan konteks pada pengikut.

Twitter to hide news headlines as Musk asks journalists to publish directly on the platform
Sumber: 9to5Mac

Walaupun belum dilaksanakan secara rasmi, namun kiriman daripada Elon Musk nampaknya memberi bayangan tentang kebenaran berita ini.

If you’re a journalist who wants more freedom to write and a higher income, then publish directly on this platform!

— Elon Musk (@elonmusk) August 21, 2023

Katanya, “Jika anda seorang wartawan yang mahukan lebih kebebasan untuk menulis dan inginkan pendapatan yang lebih tinggi, maka terbitkan di platform ini secara terus!”

Elon Musk juga telah mengesahkan perubahan ini adalah daripadanya sendiri.

Sumber: Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress