Kerajaan Johor telah melancarkan perkhidmatan WiFi Premium Maju Johor bagi menaik taraf capaian internet di negeri itu, sekali gus membolehkan pengguna menikmati akses internet pantas dan meluas di beberapa lokasi menjelang Julai nanti.
{suggest}
Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 12,000 keluarga terutamanya di 25 kawasan hotspot Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kadar kelajuan pada tahap 2Gbps. Fasiliti sama turut disediakan di premis perkhidmatan kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan Pejabat Tanah Daerah Kulai.
Selain itu, ia akan diperluaskan ke institusi pendidikan seperti Kolej Universiti Islam Sultan Ibrahim (KUIJSI), Johor Bahru dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) di Kulai.
Pada masa sama, WiFi Premium Maju Johor juga akan dipasang di Hospital Sultanah Aminah (HSAJB), Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang.
Sumber: Media Digital Johor