Sejak minggu lalu, sejumlah pengguna WhatsApp versi Android telah menerima user interface (UI) atau antara muka baharu.
Kini, WhatsApp secara rasmi mengumumkan perubahan antara muka dengan bar navigasi baharu pada aplikasinya.
{suggest}
Jika sebelum ini, WhatsApp versi Android mempunyai navigasi di bahagian atas. Kini, bar navigasi kelihatan hampir sama dengan antara muka iOS, yang mana telah dialihkan pada bahagian bawah.
Selain itu, ia juga menampilkan ikon yang direka semula.
android friends, we moved some things around to make it easier to access what you need, when you need it
meet your new navigation tools 🤝 closer to your thumbs and easy on the eyes pic.twitter.com/CqLvZf9meo
— WhatsApp (@WhatsApp) March 28, 2024
Dengan memperkenalkan antara muka baharu yang diubah suai, ia menunjukkan WhatsApp sedang mengambil langkah untuk memastikan antara muka aplikasinya sentiasa segar dan mesra pengguna.
Di sisi yang lain, WhatsApp ketika ini sedang menguji pelbagai ciri baharu termasuk sokongan perkongsian Status sehingga 60 saat, ciri AI untuk suntingan imej dan sebagainya.
Sumber: WhatsApp