Baru-baru ini, aplikasi WhatsApp beta telah membuat beberapa ciri terbaru yang kini masih berada dalam peringkat ujian dan salah satunya adalah bahagian pin acara.
Buat masa sekarang, ia hanya tersedia untuk peranti Android dan mula didapati dalam kemas kini WhatsApp beta Android versi 2.24.3.20.
Fungsi ciri ini dikatakan dapat memudahkan ahli-ahli dalam sesuatu komuniti WhatsApp itu untuk mendapatkan maklumat tentang perkara atau acara yang akan berlaku pada kemudian hari.
Seperti yang diperlihatkan dalam laman web WABetaInfo, ciri ini akan datang dengan bentuk notifikasi pemberitahuan di atas halaman Komuniti WhatsApp.
Selain daripada itu, WhatsApp beta juga dilaporkan sedang mengusahakan beberapa ciri lain seperti penyulitan hujung ke hujung untuk teks perbualan, pemindahan hak milik saluran dan lain-lain.
{suggest}
Sumber: WABetaInfo