CyberSecurity Malaysia telah berkongsikan cara atau modus operandi yang biasa digunakan oleh penipu atau scammer menerusi panggilan telefon.
Buat panggilan
Scammer akan membuat panggilan dengan menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai kerajaan.
Tuduhan jenayah
Mangsa yang menyambut panggilan itu akan dituduh mempunyai tunggakan pinjaman, terlibat dengan kegiatan jenayah, tindakan saman atau mahkamah serta tidak membayar cukai menyebabkan mangsa akan dikenakan tindakan.
Pindah wang
Kemudian mangsa diarahkan untuk memindahkan wang ke akaun bank yang ditetapkan.
Ugut
Seterusnya, mangsa akan diugut untuk ditangkap jika tidak membuat pembayaran secara telus.
Halang mangsa
Mangsa juga akan dihalang daripada mendapatkan bantuan atau memutuskan panggilan.
Selepas bayaran
Setelah mendapat bayaran, scammer itu akan terus menghilang dan memutuskan komunikasi.
Tabung Haji
Selain itu, dalam sesetengah kes yang pernah dikongsikan sebelum ini, terdapat juga cubaan pihak scammer yang meminta mangsa menyambungkan akaun bank Tabung haji dengan akaun bank yang lain seperti akaun CIMB.