Selepas melancarkan Y27 4G pada pertengahan Julai lepas, vivo tidak berdiam diri dengan memperkenalkan sebuah model baharu dalam siri Y – vivo Y78 5G.
Untuk pengetahuann anda, ini adalah peranti pertama dalam segmen bawah RM1,500 yang menawarkan tetapan kamera utama 64MP dengan OIS dan skrin OLED lengkung.
Spesifikasi Penuh vivo Y78 5G
vivo Y78 5G dikuasakan cip Snapdragon 695 5G, memori RAM 8GB + 8GB dan storan 256GB.
Peranti ini dilengkapi skrin lengkung 3D AMOLED 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1000 nits.
Selain itu, vivo Y78 mempunyai tetapan 3 kamera – 64MP utama dengan OIS (f/1.79), 2MP bokeh (f/2.4), 2MP super makro (f/2.4) dan 16MP swafoto (f/2.0).
Peranti ini disokongkan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 44W, guna Funtouch OS 13 berasaskan Android 13 dan 2 pilihan warna – Dreamy Gold dan Flare Black.
Harga dan Ketersediaan
Jualan pertama bermula 5 Ogos ini pada harga rasmi RM1,399 dan sebarang pembelian terawal layak mendapat hadiah bernilai RM599.
Hadiah tersebut merangkumi tambahan 180 hari waranti, 180 hari perlindungan skrin, screen protection (RM69) dan earbud yang bernilai RM99.
Beli vivo Y78 5G di Shopee: https://invl.io/cljfjs7
Beli vivo Y78 5G di Lazada: https://invol.co/cljfjsj
{suggest}