Siri vivo Y yang terbaru, vivo Y27s, kini telah dilaporkan akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga mampu milik.
Dengan paparan kadar segar semula 90Hz, telefon pintar ini menawarkan konfigurasi 16GB RAM (8GB + 8GB Extended RAM) dengan kapasiti storan 256GB yang boleh ditambah sehingga 1TB (menerusi kad microSD).
Selain itu, Y27s ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 680 dan mempunyai kapasiti bateri sehingga 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W. Ia dijangka dapat mencapai pengecasan penuh dalam masa 50 minit sahaja.
Peranti ini juga menyokong kecerahan maksimum sehingga 650 nits dan dilengkapi dengan kamera utama 50MP, kamera bokeh 2MP dan kamera hadapan 8MP.
vivo Y27s ini akan tersedia dengan dua variasi warna, iaitu Garden Green dan Burgundy Black pada 25 November 2023 ini pada harga RM799.
Anda boleh membeli peranti ini di gedung-gedung talian yang terpilih seperti:-
{suggest}
Sumber: Siaran Media vivo