Selepas perasmian siri vivo V30 di pasaran tempatan, vivo Malaysia kini telah membawa masuk sebuah lagi produk telefon pintar yang bertaraf bajet iaitu vivo Y03.
Telefon ini dikuasakan cip pemprosesan MediaTek Helio G85 dengan sokongan 4GB RAM LPDDR4X + 128GB storan serta menjalankan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.
Skrinnya pula adalah jenis LCD bersaiz 6.56 inci dengan resolusi 1612 x 720 serta kadar segar semula 90Hz.
Untuk kamera, vivo Y03 ini dilengkapi dengan kamera utama 13MP dan kamera swafoto 5MP.
Baterinya pula hadir dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan 15W.
Lain-lain ciri yang ada pada telefon ini adalah dwi-slot kad SIM, rangkaian 4G, Bluetooth 5.0 dan USB-C 2.0.
Bagi anda yang berminat untuk membeli telefon vivo Y03 ini yang terjual pada harga RM399 dengan dua pilihan warna iaitu Gem Green dan Space Black, sila klik pautan INI ataupun boleh dibeli melalui:
Shopee – https://invl.io/clkxz3y
Lazada – https://invol.co/clkxz4x
{suggest}