vivo membawa masuk peranti terbaru mereka dalam siri Y bagi kelas bawah RM1000 – vivo Y27 4G. Sebelum ini, vivo memperkenalkan vivo Y36 5G dengan rekaan dan ciri yang menarik.
@wisermy Alternatif smartphone bawah RM1000 dengan 5G! 🔥 #wisermy #techtok #tiktokguru #fypシ #malaysia
Tidak kurang hebatnya, vivo Y27 menawarkan spesifikasi MediaTek Helio G85, memori RAM 6GB + 6GB dan storan 128GB.
Selain itu, peranti ini menawarkan skrin Sunlight Display 6.64″ beresolusi FHD+, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan FlashCharge 44W.
Ia juga dilengkapi sistem 2 kamera – 50MP + 2MP dan 8MP swafoto. vivo Y27 4G juga hadir dengan tawaran 2 pilihan warna – Sea Blue dan Burgundy Black.
vivo Y27 4G akan tersedia untuk dibeli di mana-mana stor konsep vivo dengan harga rasmi RM699 sahaja. Anda juga boleh membeli vivo Y27 4G di Shopee dan Lazada melalui pautan di bawah:
Beli vivo Y27 4G di Shopee: https://invl.io/clj93da
Beli vivo Y27 4G di Lazada: https://invol.co/clj93e7
{suggest}