vivo telah muncul sebagai pemain utama dalam pembangunan cip andalan MediaTek. Syarikat tersebut turut dikhabarkan bergiat aktif dalam membangunkan cip Dimensity 9400.
Pengaruh besar vivo dalam MediaTek membolehkannya terus mendapat akses untuk menggunakan cip yang terkini daripada MediaTek dalam produknya.
Kerjasama antara vivo dengan MediaTek tertumpu pada APU pemproses AI kelas andalan MediaTek dan platform pembangunan AI NeuroPilot. Teknologi ini mampu meningkatkan kecekapan operasi model AI pada peranti.
Selain itu, ia juga dapat memberikan pengalaman AI yang berkuasa dan cekap. Sebagai contoh, siri vivo X100 mendapat manfaat yang besar daripada teknologi ini sekali gus menjadikan sebagai peneraju dalam model AI pada peranti.
Kerjasama itu telah menguntungkan kedua belah pihak yang mana siri vivo X90 menjadi peranti pintar pertama di dunia yang menggunakan cip Dimensity 9200 dan ia diteruskan dengan siri X100 yang pertama menggunakan cip Dimensity 9300.
Cip kelas pertengahan iaitu Dimensity 8200 juga telah dilancarkan di seluruh dunia melalui jenama IQOO vivo dengan model iQOO Neo 7 SE.
{suggest}
Sumber: Gizmochina