Pada bulan November 2023 yang lepas, HONOR Malaysia telah membawa masuk satu produk telefon pintar kelas pertengahan yang tahan lasak iaitu HONOR X9b.
Kini, ia tiba dengan satu varian baharu dengan peningkatan dari sudut storan sebanyak 512GB untuk pasaran tempatan pada harga RM1,699.
Untuk imbas kembali, telefon ini menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 1 dengan memori 20GB (12GB + 8GB) RAM LPDDR4X.
Skrinnya pula adalah jenis AMOLED bersaiz 6.78 inci yang dilengkapi dengan resolusi 2652 x 1200, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1,200 nits.
Kameranya hadir dengan 108MP utama, 5MP ultra lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto.
Bagi sudut bateri, kapastinya adalah 5,800mAh yang tampil dengan pengecasan 35W.
{suggest}
Untuk varian terbaru ini, pihak HONOR telah menawarkan hadiah percuma berupa HONOR CHOICE Earbuds X5 dan pakej penjagaan panel belakang dan hadapan selama 365 hari yang bernilai RM759 bagi setiap pembelian.
Selain itu, HONOR X9b ini juga telah menerima anugerah emas untuk ketahanan bateri daripada DXOMARK kerana berjaya menampilkan gaya penggunaan peranti yang berpanjangan selama 3 hari.
Beli telefon HONOR X9b di:
Shopee – https://invl.io/clk5rts
Lazada – https://invol.co/clk5rua
Sumber: Siaran Media HONOR