Belum dilancarkan lagi, tetapi siri iQOO Z9 mula ditawarkan secara rasmi bermula hari ini sehingga 8 Mei depan.
Pembeli akan menerima diskaun RM1,000 bagi iQOO Z9 8GB + 256GB, iQOO Z9x 8GB + 256GB, atau iQOO Z9x 8GB+128GB, yang mana setiap satu dijual pada harga lebih daripada RM2,000.
Tawaran ini sah dalam masa yang terhad, iaitu bermula 25 April hingga 8 Mei 2024.
Jadi, secara tidak langsung anda bakal jadi orang terawal yang menggunakan siri iQOO Z9.
Buat masa sekarang, belum diketahui lagi tarikh rasminya. Nantikan pelancarannya pada 9 Mei kelak.
{suggest}
Sumber: Siaran Media IQOO Malaysia