Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Untuk Masa Terhad, 2 Game Berharga RM114 Ini Diberi Secara Percuma

Posted on Januari 6, 2023Januari 6, 2023

Selepas selesai dengan penawaran percuma pelbagai judul-judul permainan sempena musim sejuk, Epic Games kembali dengan menawarkan 2 judul permainan secara percuma untuk semua.

2 Judul permainan itu adalah Kerbal Space Program dan Shadow Tactics – Aiko’s Choice.

Untuk judul Kerbal Space Program, ia ditawarkan untuk platform Windows dan Macintosh. Manakala bagi Shadow Tactics – Aiko’s Choice pula, ia hanya ditawarkan untuk platform Windows sahaja.

Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan bagi memainkan 2 permainan ini:-

Kerbal Space Program – Windows
Kerbal Space Program – Mac
Shadow Tactics – Aiko’s Choice

2 judul permainan ini diberikan secara percuma untuk masa terhad iaitu bermula dari hari ini (6 Januari 2023) sehingga 13 Januari 2023, tepat jam 12.00a.m.

Selepas dari tarikh itu, Kerbal Space Program dan Shadow Tactics – Aiko’s Choice masing-masing akan kembali pada harga asalnya iaitu RM75 dan RM39.

Anda memuat turun 2 judul permainan ini secara percuma terus dari laman rasmi Epic Store sekarang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress