Disney+ Hotstar bulan lalu mengumumkan pelan Premium dan Basic dengan kadar langganan baharu, bermula 24 April 2024.
Terbaharu, TM memaklumkan perubahan ini akan memberi kesan kepada pelanggan sedia ada yang mempunyai akses ke aplikasi Disney+ Hotstar melalui pek Unifi TV atau ‘a la carte’.
{suggest}
Bagi pelanggan Unifi TV sedia ada, harga langganan bulanan kekal sama – dengan naik taraf pelan Premium tanpa kos tambahan, bermula 24 April 2024 sehingga kontrak Unifi Home tamat.
Setelah tamat kontrak, akses akan ditukar kepada pelan Basic pada harga langganan bulanan yang sama. Akan tetapi, pengguna Unifi TV boleh terus menikmati pelan Premium dengan menaik taraf pada kos tambahan RM9.90/bulan.
Sementara pelanggan ‘a la carte’ Disney+ Hotstar akan menikmati akses yang dinaik taraf ke pelan Premium sehingga penghujung kitaran pengebilan langganan terbaharu.
Di bawah perubahan baharu ini, pelanggan ‘a la carte’ Disney+ Hotstar untuk suku tahunan juga akan menikmati pelan Premium sehingga penghujung kitaran pengebilan. Selepas itu, akses akan ditamatkan secara automatik dan pelanggan perlu melanggan semula dengan kadar baharu.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Unifi TV.
Sumber: UnifiĀ